SEJARAH SMK SIK


SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIK

Sekolah Menengah Kebangsaan Sik (SMK Sik) merupakan sekolah Kluster Kecemerlangan yang pertama di daerah Sik. Anugerah kluster diperoleh daripada Kementerian Pendidikan Pada tahun 2009.

Sejarah awal Sekolah Menengah Kebangsaan Sik atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sik (SMS) bermula seawal tahun 1965 apabila buat pertama kalinya  sekolah ini dibuka. Pada peringkat ini sekolah ini masih tiada bangunan sendiri dan terpaksa menumpangkan pelajarnya di Sekolah Kebangsaan Sik, Sekolah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Sik dan Sekolah Inggeris Sik (sekarang SK Seri Dusun). Pada tahun 1966, menandakan bermulanya detik bersejarah bagi SMKSIK kerana pada tahun itu, SMKSIK telah memperolehi bangunan sendiri di tapak tetap sekarang. Tapak tetap ini letaknya 1.5 kilometer dari Pekan Sik dan ia mempunyai keluasan seluas 19 ekar. SMKSIK sempurna dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Malik Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah D.K, SPMK, PSB yang ketika itu sebagai Pemangku Sultan Kedah, pada tanggal 18hb. Mei 1971 bersamaan 23 Rabiulawal 1391. Pusat Sumber Pendidikan ataupun lebih dikenali sebagai PUSPA telah dirasmikan pada 23 Oktober 1983 bersamaan 17 Muharam 1404. PUSPA dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Zainol Abidin Johari DSDK, KMN, BKM, PPN, PJK, JP.

        Pada peringkat awal penubuhannya, dari segi perkembangan fizikal sekolah ini hanya mempunyai 4 buah kelas. 3 buah kelas untuk aliran Melayu dan sebuah kelas lagi untuk aliran Inggeris. Antara tahun 1965 - 1980an, SMKSIK mempunyai 2 buah blok dengan 7 kelas, sebuah Makmal Sains, sebuah Bengkel Seni Perusahaan, sebuah Bilik Lukisan Teknik dan 2 buah Bilik Sains Rumah Tangga. Seterusnya beberapa buah blok telah ditambah secara berperingkat sehingga sekarang mempunyai 8 buah blok. Sehingga tahun 1979, sekolah ini hanya memberi pendidikan dalam jurusan Sastera sahaja tetapi mulai tahun 1980, Kementerian Pelajaran telah memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengadakan kelas aliran Sains, maka sejak itu bermulalah aliran Sains di SMKSIK. Kemudian beberapa tahun kebelakangan ini SMKSIK juga telah memperkenalkan aliran Agama untuk tingkatan 1 hingga 5 dan Syariah untuk tingkatan 6. Pada tahun 1998 ini, di SMKSIK, untuk tingkatan 1 hingga 3 terdapat aliran Agama dan Khas, tingkatan 4 hingga 5 terdapat aliran Sains Tulin, Sains, Rekacipta, Akaun dan Agama. Pada tahun 2009 SMK Sik dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


  
SEJARAH RINGKAS SMKSIK

1965 – SMK Sik ditubuhkan – menumpang di SK Sik, Sekolah
            Inggeris Sik (SK Seri Dusun) dan SJK(C) Chung Hwa 
 1966 – mendapat bangunan sendiri di tapak sekarang (19 hektar) 
1971 - 18hb. Mei 1971 bersamaan 23 Rabiulawal 1391 ~       
            Dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Malik Ibni
 Al-Marhum Sultan Badlishah D.K, SPMK, PSB pada ketika itu  Pemangku
 Sultan Kedah.
1980 – Mewujudkan kelas aliran Sains
1980 -  Dinaikkan taraf daripada Gred C ke sekolah Gred B
1982 – Sekali lagi dinaikkan taraf ke sekolah Gred A
1982 – Mewujudkan kelas tingkatan 6 (sekarang KPU)
1982 – Dinobatkan sebagai sekolah kawalan negeri Kedah dengan kelayakan masuk
   3A 2B.
1982 – Koperasi sekolah ditubuhkan dan beroperasi di Lindap Kirana
1997 – dinaik taraf sebagai sekolah premier daerah
1997 – Menjadi sekolah satu sesi
1997 - Guru-guru ditempatkan mengikut  jabatan  iaitu Jabatan Bahasa, Jabatan
            Kemanusiaan, Jabatan Sains  Matematik dan Jabatan Teknik Vokasional.
1997 – Unit Penyelidikan dan pembangunan (R&D) diwujudkan
1998 – Diiktiraf sebagai sekolah menengah sains harian
1998 – Mewujudkan Kelas Aliran Agama dan Kelas Aliran Khas bagi tingkatan 1
           hingga 3 manakala tingkatan 4 hingga 5 terdapat aliran Sains Tulin, Sains,
           Rekacipta, Akaun dan Agama
2007 - Sekolah Cemerlang KPM Kategori  Sekolah Berasrama Luar Bandar.
2009 – Galeri Roslan Said di tubuhkan sebagai menghargai jasa bekas pengetua
           yang meninggal semasa bertugas pada tahun 2004. Galeri ini menyimpan
           khazanah sekolah yang berharga.
2009 – Diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan
2010 – Bilik mesyuarat Anjung Muafakat, Serambi Hukama, Makmal Bahasa, dan
          bilik media Bahasa diwujudkan.








No comments:

Post a Comment

VIDEO KORPORAT SMKSIK 2021

  LIHAT  VIDEO